Jumaat, Mac 09, 2012

Tenang Damai


Waktu hati dan perasaan terganggu dek kerana urusan harian di pejabat,rumah mahupun dimana sahaja, keinginan untuk berada di suatu tempat yang dapat memberikan sedikit ketenangan dan rasa damai pada hati dan perasaan sentiasa muncul di fikiran.

Kerapkali kaedah yang diambil oleh majikan ialah mengesyorkan kepada pekerja-pekerja mereka yang dirundung masalah tekanan kerja mahupun tekanan perasaan untuk bercuti memulihkan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi.

Rasa tenang dan damai semasa bercuti sedikit sebanyak dapat merungkai masalah yang dihadapi kerana otak dan hati berada dalam keadaan stabil tatkala mata menjamu pemandangan menarik alam semulajadi. Ilham yang diperolehi bisa menyuntik semangat baru yang bertenaga bagi menghadapi beban kerja yang menanti dan sebagainya. 

Pada mereka-mereka yang tidak menghadapi masalah kewangan ataupun masalah percintaan yang bergolak sudah barang pasti bercuti sedemikian amat mengasyikkan.Tidak kurang yang melanjutkan tempoh cuti mereka untuk berada lebih lama di tempat sedemikian.Itulah nikmat Tuhan yang tidak boleh dinafikan...hanya dengan melihat pemandangan tenang dan damai ciptaanNya, yang berserabut akan terungkai kemas.

Namun, pada mereka yang bermasalah kewangan dan percintaan yang bergolak, ada kemungkinan pemandangan tenang dan damai itu dirasakan amat sesuai bagi menamatkan riwayat hidup mereka.Mungkin mereka berasakan seolah-olah pemandangan terakhir yang mereka lihat adalah pemandangan yang tenang damai.Aduhai....malang sungguh dirasakan episod kehidupan diakhiri sebegitu. Hakikatnya, pada mereka 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. 

Pilihan hak mutlak individu.Hatta individu yang waras sekalipun kekadang tersilap buat pilihan, inikan pula individu yang dirundung malang duka nestapa. Begitu juga bilamana membuat pilihan dalam soal pelaburan kewangan. Tenangkan fikiran dan pilihlah yang terbaik,sudah barang pasti emas dan perak tiada tandingan.Itulah pilihan terbaik sepanjang zaman!.



Khamis, Mac 08, 2012

Jangkaan Pakar

Bagi tahun 2012 ini, jadual di atas boleh digunakan sebagai panduan untuk penilaian sendirian samada berbaloi atau tidak untuk menukarkan wang ringgit anda ke bentuk emas mahupun perak. Mereka terdiri daripada pakar-pakar yang ada 'suara' didengari dunia berbanding dengan penulis mahupun yang membaca blog ini.

Siapalah kita? Namun setiap manusia dibekalkan otak untuk menganalisa sebelum keputusan dibuat. Jika sekali imbas dilihat dari jadual itu, jangkaan harga minimum untuk emas ialah USD1800/oz. Usah diambilkira jangkaan harga maksimum. 

Ketika artikel ini ditulis, harga emas semasa ialah USD 1684.70/oz. Ianya USD 115.30/oz dibawah takat jangkaan. Sekarang bulan Mac 2012,masih berbaki lebihkurang 8 bulan ke akhir tahun 2012. Tidakkah ianya masih berbaloi untuk bertindak sekarang? 

Itu hanya dibandingkan pada kadar jangkaan harga minimum. Sudah barang tentu ianya berganda jika dibandingkan dengan jangkaan harga purata ataupun jangkaan harga maksimum.Fikirkanlah sejenak sambil-sambil menghirup kopi panas.....Tentu ianya merangsangkan anda untuk bertindak.Selamat menyahut gamitan yang berkilau.


Aun-Gram?



Carta Harga Emas Dunia yang anda lihat di sebelah kanan dalam nilaian USD/oz. Usah bimbang dan keliru kerana harga emas  di jadual 'Harga Jongkong Dan Dinar Emas' dalam nilaian RM/gram.

Ramai pelanggan yang bertanya" berapa gram =1 aun?" Tak ramai yang bertanya " berapa sen = 1usd? kerana mereka tahu nilaian sentiasa berubah.

Agar anda tidak lagi musykil dengan aun-gram ini, dinyatakan jadual pertukaran aun-gram berkenaan untuk dihafal seketika dan ianya akan kekal diingati sentiasa.Apalah lagi jika anda sentiasa membeli/menggadai/menjual emas Public Gold. Tukarkan lah wang ringgit dan duit siling anda ke bentuk jongkong emas, dinar emas dan juga barang kemas emas. Ianya sentiasa menggamit,kalis inflasi.

1 troy ounce = 31.1034768 grams 

Selasa, Ogos 30, 2011

Hari Raya


Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua kaum muslimin dan muslimat khususnya kepada para sahabat kenalan blog ini semoga dirahmati dan diberkati oleh NYA sentiasa.Amin.