Khamis, Februari 25, 2010

Antara 3....


Antara rumah, tanah dan unit amanah, yang mana jadi pilihan utama anda? Bersandarkan pengalaman sendiri, ketiga-tiganya telah dilalui. Pengalaman suka duka dan pahit manis sudah dirasai.

Jika dipuisikan ianya berbunyi begini 'seronoknya hanya sekejab, resahnya bertahun!....' Seronoknya hanya diperingkat awal. Kemudian resah mula bertandang di hati dan fikiran. Pelbagai persoalan datang menjenguk dan menagih jawapan pasti.'Berbaloi ke pelaburan yang dibuat?'. 'Senang ke nak jual rumah dan tanah ni?'. 'Ada ke orang yang berminat dengan tawaran yang diiklankan?' Begitulah bentuk rupa soalan-soalan yang sentiasa melintas di fikiran.

Selalunya, sudah menjadi lumrah barangkali, ketika wang tunai diperlukan segera, saat itulah unit amanah menguncup, Nak dijual terasa sayang, nak disimpan terasa rugi berterusan. Aduhai....  nak digadai rumah atau tanah, prosesnya bukan sekejab, makan bulan baru selesai, itupun kalau tak ada masalah berkaitan. Sesekali terasa menyesal seolah-olah otak menyindir hati ' tulah....ini semua engkau punya pasal, bila jadi macam ni, aku jugak yang susah, naik serabut jadinya'.Namun hati tak diam membisu lantas membalas tuduhan otak ' Engkau tu setakat berserabut je, aku ni yang makan hati sudahnya!'

Itulah dia,bila 'sindrom cair' datang menyapa, otak dan hati tidak sehaluan lagi. Malah otak dan hati jadi keras,tiada kesudahan.Ketika itu, menung menjadi teman bicara secara senyap.'Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...'

Sekarang, jika diajukan soalan yang serupa ' Yang mana jadi pilihan diantara 3 itu ?' Sudah pasti saya bersama-sama otak dan hati menjawab 'saya pilih yang ke 4.....itulah dia EMAS'. Ia tetap berkilau ketika 'sindrom cair' datang melanda. Ia tetap berkilau dalam apa saja suasana dan keadaan. Kilauannya memang menggamit.

Selasa, Februari 23, 2010

Nangis....


Pengalaman silam kalau dikenang bisa nangis.Bagi pasangan yang bekerja, menempatkan anak kecil di rumah penjagaan kanak-kanak adalah pilihan terakhir.Kalau boleh, tak sampai hati mengganggu tidor si anak kecil di awal pagi untuk disiapkan ala kadar bagi ditempatkan di rumah penjagaan kanak-kanak selama waktu ibubapanya bekerja. Apakan daya, tangisan si anak kecil setiap pagi ketika ditinggalkan di rumah penjagaan amat menyentuh kalbu di sepanjang perjalanan ke tempat kerja.Sedih dan pilu lagi memilukan. Mahu rasanya si ibu berhenti kerja demi menjaga anak kecil, tapi apakan daya, tiada alternatif ataupun sayang pada kerjaya melebihi segalanya.

Selalunya, anak sulung yang bertuah. Ada nenek yang rela dan sanggup menjaga cucunya. Tambahan pulak, itulah cucu sulung dalam keluarga. Perghhh....bertuah sungguh. Kekadang kedua-dua nenek ambil giliran menjaga cucu sulung yang bertuah itu. Si bapak pun berasa lagi lah bertuah (agaknya lah....). Selang setahun, dapat anak lagi...he he he.

Namun, langit tak selalu cerah..... tetiba nenek pun dah tak larat nak jaga. Aduhai! ke rumah penjagaan kanak-kanak lah jawabnya. Dalam tak suka, terpaksa juga hantar di situ. Begitulah rutin kehidupan dalam seebuah keluarga yang baru dibina.Nampak damai di mata kasar, di kepala bersarang 1001 masalah.

Kemudian, trend mengambil orang gaji tinggal di rumah menjadi pilihan. Kerap kali pulak ibubapa pulang lewat. Tetiba jer overtimelah, outstationlah....maklumlah...dah naik pangkat...hehehe .Orang gaji pula buat hal. Anak-anak juga jadi mangsa keadaan. Begitulah senarionya sehinggalah anak-anak sudah besar.

Kebetulan, rumah saya berdekatan dengan tempat penjagaan kanak-kanak.Tiap pagi kedengaran tangisan anak-anak kecil dalam pelbagai irama pilu seolah-olah tidak diendahkan sama sekali.Sedih...bisa nangis!

Dalam termenung, hati tertanya 'Mengapalah perniagaan emas ini tidak diperkenalkan 20 tahun dahulu?....'




Isnin, Februari 22, 2010

Bila?

Bila? Bila masa yang sesuai untuk membeli emas? Itulah soalan lazim yang disuarakan.Sudah barang tentu ketika harga emas rendah.

Namun, soalan berterusan....'Bila harga rendah yang dikatakan rendah? Hakikatnya, perkataan 'rendah' itu sendiri berjiwa subjektif. Bukankah situasi menunggu dan tertunggu satu penyiksaan pada jiwa dan raga? Yang pasti kita terus menunggu masa yang sesuai namun masa tidak pula menunggu kita. Lagi lama kita menunggu, lagi derita dibuatnya.

Biar apa pun sekali jawapan yang diberi, diri sendiri yang membuat keputusan.Itu hak mutlak individu.Mungkin seseorang itu dipandu oleh' instinct'nya sendiri.Bukankah diri sendiri yang lebih mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing.

Pada saya, jika ada wang simpanan yang boleh ditukar kepada 1 Dinar Emas, lakukan sekarang. Jika ada sejumlah wang yang membolehkan kita terus menjadi 'Dealer' mahupun sebagai 'Master Dealer', lakukan sekarang. Sikap bertangguh sebenarnya menambah beban untuk ditanggung. Bukankah makan ketika nasi masih panas berasa lagi enak daripada menunggu sehingga nasi sudah sejuk?

Apa yang ditunggu lagi, kilauan itu sudah lama menggamit............. Hubungi saya ditalian untuk memilih menu yang sesuai dan sama-sama menjamah makanan ketika nasi masih panas!!!






Sabtu, Februari 20, 2010

Benih....

Benih Kelapa


Kalau di kampung, masa saya budak sekolah, amalan menanam benih kelapa sebagai tanda kelahiran seseorang anak biasa dilakukan pada sesiapa yang mempunyai kebun atau pun dusun malah di halaman rumah sekali pun biasa dilakukan sebagai tanda ingatan. Mengapa pokok kelapa jadi pilihan? Pertama, mungkin mudah diperolehi, kekadang tak perlu dibeli pun. Bila ziarah rumah sanak saudara dan kenalan, kekadang benih kelapa diberi percuma oleh tuan rumah, bukan sebiji malah banyak biji.

Kedua, mungkin senang dan tak sukar dijaga. Ketiga, mungkin banyak kegunaan, dari umbutnya hinggalah ke batangnya, ada kegunaan. Ketika haus, air kelapa diminum, ketika memasak, santan kelapa yang dicari, ketika kenduri kendara, umbut kelapa jadi pilihan, ketika raya, pelepah kelapa yang muda dibuat sarung ketupat, pelepah tua dibuat lidi penyapu malah menyeberang taliair di bendang-bendang, batang kelapa sebagai titinya. Pendek kata, serba kegunaan.

Keempat, mungkin pokok kelapa tahan lama, kekadang usianya lagi lama dari usia orang yang menanamnya.Ianya bersifat tahan lasak, kukuh tapi dalam masa yang sama ia bersifat f'lexible' bila ditiup angin tak kira angin kencang atau sepoi-sepoi bahasa. Ianya bisa menari mengikut rentak yang diberi.

Selain dari tanda ingatan kelahiran seseorang anak, pokok kelapa yang bersifat serba kegunaan ini menjadi pilihan utama.Begitulah hebatnya pokok kelapa. Hinggakan hari ini, kita kerap mendengar ungkapan yang berbunyi ' tua-tua kelapa, lagi tua lagi pekat santannya ...'

Sekarang, menanam kelapa sebagai tanda kelahiran seseorang anak mungkin tidak lagi praktikal. Tiada ruang untuk menanam. Mungkin perlu kepada medium yang lain sebagai tanda peringatan. Maka, timbullah medium -medium yang popular diketengahkan umpamanya insuran pendidikan dan insuran kesihatan serta menabung di institusi kewangan. 

Realitinya, untuk menjiwai dan menghayati nilai yang tertulis pada polisi insuran ataupun buku simpanan TIDAKLAH sama dengan memiliki secara mutlak, secara fizikal apa yang kita dilaburkan itu.Lantas kerana tiada 'feel', kita kerap kali menerima peringatan-demi peringatan dari syarikat insuran dan kewangan untuk membuat bayaran bulanan.

Justeru, untuk menjiwai dan menghargai sebagai tanda peringatan kelahiran seseorang anak, mungkin memiliki EMAS sebagai satu alternatif pilihan. Bermula dengan '1 Dinar 1 Anak ' mungkin memberi erti dan makna yang mendalam dalam sesuatu keluarga. Emas dengan aura yang berkilau memberi satu daya kekuatan yang sukar dijelaskan dan digambarkan. Miliki hari ini EMAS....nescaya auranya akan memberi gambaran yang jelas lagi berkilau.

EMAS....Itulah kilauan yang menggamit.







Rabu, Februari 17, 2010

Mata....








     













Dalam tempoh tak sampai 18jam, mencacak segak bergaya harga emas dunia hari ini. Bak lakaran abstrak suatu banjaran gunung di ufuk timur! Membentuk huruf M yang berulang-ulang (M~ Mas). Abstraknya lakaran itu boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk dan gaya ikut selera masing-masing.

Mungkin juga ianya satu isyarat Menggamit, mungkin Memanggil-Manggil dan mungkin juga Menyeru 'Mari lah beli emas'.Terpulang. Hakikatnya, dari harga USD 1106/oz ke USD 1117.80/oz dalam masa kurang sikit 18 jam!Itulah dia.... EMAS. 

Mungkinkah jangkaan harga emas mampu mencecah harga USD 1500/oz menjelang tahun 2013?  Jika benar jangkaan golongan penganalisa yang bijak pandai sepertimana diwartakan di awal Januari 2010 baru -baru ini, maka peluang masih terbuka luas untuk semua golongan yang berminat membuat sesuatu yang wajar untuk turut serta dalam gelombang perdana yang berkilau ini. 

Masih belum terlambat, sekadar di peringkat membuka mata luas sedikit dari biasa (umpama photo  di atas ~ sepasang mata yang tak berkedip). Hubungi saya di talian untuk memulakan langkah yang pertama menuju puncak....


Selasa, Februari 16, 2010

Katil yang bertilam...

Katil yang bertilam

Sekitar tahun 2002, saya dijemput hadir meramaikan rombongan merisik. Rombongan yang diketuai oleh seorang jurucakap yang telah dilantik oleh keluarga bakal pengantin lelaki.Sebilangan besar anggota rombongan berpakaian baru dan tak kurang juga berpakaian yang nampak macam baru tapi dah lama sebenarnya (cuma mungkin baru basuh jer...).Kaum wanita tak usah ceritalah.......paling tidak pun, seurat dua gelang tangan dan rantai serta sepasang subang emas lekat di tubuh.


Rombongan disambut seadanya oleh keluarga bakal pengantin perempuan.Seperti biasa, golongan yang 'meramaikan rombongan' duduk di bucu-bucu ruang tamu, termasuk saya.Sesi berkenalan tidak formal secara otomatik berlangsung. Riuh.Tak kurang ahli rombongan berborak kosong sesama sendiri, termasuk saya.

Setelah acara panas badan selesai, jurucakap bakal pengantin lelaki memulakan bicara. Bicara yang biasa-biasa saja dihiasi ayat-ayat keramat zaman berzaman dalam budaya melayu yang kaya dengan khazanah bahasanya yang puitis dan mengasyikkan.

Ungkapan 'Hajat kami ingin menyunting bunga di taman...' sudah menjadi satu kemestian.'Bunga yang mana satu, maklumlah bunga bukan sekuntum...' balas jurucakap sebelah bakal pengantin perempuan. Pura-pura tak tahu walhal orang kampung semua dah tahu,hehe...


Bila masuk sesi merisik yang kritikal...(apa lagi kalau tak nilai hantaran yang perlu disediakan), jurucakap pun memulakan soalan cepu emas dan berharap agar jawapan yang menggembirakan buat keluarga bakal pengantin lelaki.Suasana di ruang tamu senyap sunyi seketika seolah-olah mendengar siaran langsung pengumuman bermulanya puasa ataupun hari raya.


'Berapalah agak-agaknya nilai hantaran tu Tuan?' soal jurucakap rombongan kami dengan penuh harapan agar nilai hantaran menepati 'budget' bakal pengantin lelaki.Bimbang juga kalau-kalau jawapan yang diterima berubah di saat-saat akhir, maklumlah macam-macam boleh terjadi.


'Jemput minum dulu...' jurucakap tuan rumah meneutralkan suasana.Bijak sungguh jurucakap membawakan unsur suspen dalam suasana kritikal sebegitu..hehe

Setelah suasana reda, jurucakap menyambung 'Bab nilai hantaran ni biarlah pengawal bunga di taman yang menjawab' sambil memandang bapa bakal pengantin perempuan. Terkedu seketika bapa bakal pengantin perempuan dibuatnya tapi beliau tenang dan senyum...satu petanda berita baik bakal diterima oleh rombongan kami.


'Saya tiada lah hendak menetapkan nilai hantaran. Saya bukan 'menjual anak' dengan menetapkan nilai hantarannya. Terpulanglah kepada pihak keluarga bakal pengantin lelaki. Cuma cukup sekadar saya nyatakan di sini...tinggi nilai hantarannya, maka tebal lagi empuklah tilamnya...'


Riuh.Itulah suasana spontan semua yang hadir.Satu jawapan yang tak terlintas sama sekali di minda semua yang hadir. Satu jawapan yang penuh makna berupa 'open ended' yang menarik dan mencuit serta menghibur hati semua yang hadir.


Saya kenang kembali kisah benar tersebut yang masih mencuit hati hingga kini dan beranggapan seolah olah bapa bakal pengantin perempuan telah mengambilkira faktor inflasi dalam menetapkan nilai hantaran. Maklumlah tempoh bertunang selalunya 1-2 tahun dan dalam tempoh itu, macam macam boleh berlaku. Jika ditetapkan nilai hantarannya, bila tiba tarikh perkahwinan kelak, wang hantaran yang diberikan mungkin hanya mampu membeli tilam tanpa katil..... Itulah penangan inflasi. Ayuh, beralihlah kepada emas. Hubungi saya untuk memiliki kilauan yang menggamit itu.






Sabtu, Februari 13, 2010

Sketsa Di Perhentian Bas...

Si A - menyandar di tiang berhampiran perhentian bas 
Si B - berdiri di depan perhentian bas 
Si C -duduk selesa dalam perhentian bas yang cantik,moden dan berhawa dingin

Waktu tengahari, di suatu perhentian bas yang cantik,moden dan berhawa dingin, ada 3 orang sedang menunggu bas. A, B dan C diberi nama.Yang pasti,ketiga-tiga mereka mempunyai wang.Sedikit atau banyak, itu cerita lain.Trio ini pun memang pasti bas akan berhenti di perhentian itu tanpa perlu ditahan.Tetapi mengapa Si A menunggu jauh sedikit dari Si B manakala Si C duduk selesa dalam perhentian bas yang berhawa dingin sambil melayan pemandangan sekitar.

Mungkin Si A berasa selesa begitu manakala Si B berhajat untuk duduk di dalam perhentian bas berkenaan tetapi berasa was-was (mahu tapi malu....hehehe). Si C pula berasa cukup selesa dan sesekali berasa kesian terhadap si A dan B (agaknya ler...hehe).

Puas mentarbiah mereka tapi tak terkesan di hati.Ditunjuk bukti oleh Si C dengan jelas bahawa perhentian bas itu selamat, selesa malah kukuh asasnya. Kelulusan rekabentuk diperakui oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Bebas dari debu jalanan, bebas dari asap kenderaan dan sebagainya.

Sambil duduk di dalam, Si C menghela nafas panjang dan membuat hipotesis berikut:  Respon sikap manusia yang apabila disediakan kemudahan dan peluang untuk  menikmati tahap kehidupan ke arah yang lebih selesa boleh diklasifikasikan kepada 3 golongan utama:- 

Golongan Pertama - tahu dengan perkembangan semasa tetapi memilih untuk terus kekal dengan keadaan sediakala dan Golongan Kedua - tahu akan perkembangan semasa tetapi was-was untuk turut serta dalam arus perdana manakala Golongan Ketiga - tahu akan perkembangan semasa dan dengan penuh yakin turut serta dalam arus perdana untuk terus mengorak langkah seterusnya agar suatu hari nanti tidak perlu lagi menunggu dan menaiki bas.

Sempat jugak Si C memasang cita-cita (bukan angan-angan) 'Suatu hari nanti, ditakdirkan umurku panjang dan diberi kesihatan yang baik (maklumlah umur dah melepasi waktu asar...hehe) akanku tumpangkan Si A dan B dengan Mercedes Benz ku (sudah tentu warna yang berkilau ...hehe). Bukan nak menunjuk tapi nak berkongsi keselesaan hasil tindakan langkah pertamaku dulu. 

Dalam masa yang sama, tentu mereka berasa kesal kerana tidak  turut serta walaupun telah ditarbiah acap kali olehku semasa sama-sama menunggu bas dulu. Tapi apakan daya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Mana tidaknya, ketika itu, kudrat sudah berkurangan dan duit tambang bas untuk ke destinasi yang sama telah berlipat kali ganda.Itulah dia...inflasi (pembunuh senyap nilai wang 'fiat').Namun aku masih mengharapkan agar Si A dan B mentarbiahkan anak-anak mereka akan kepentingan untuk menukarganti wang 'fiat' mereka kepada ketulan yang berkilau.Itulah dia...EMAS.


Khamis, Februari 11, 2010

Sambil-sambil.........


Di pagi Ahad, 7 Feb. 2010 sambil-sambil mencuci kereta, saya ditegur sapa oleh seseorang. Beliau kerap datang menziarah anak-anaknya yang menetap di Presint 11. Tiap kali beliau muncul, serasa suasana kejiranan meriah, lebih meriah dari biasa.Seolah-olah ada 'kilauan' dengan kehadirannya.

Beliau seorang Mejar bersara, mudah mendampingi dan didampingi jiran-jiran. Pernah sekali beliau berseloroh, 'Kawe lo ni ahli persatuan RTM. Tau dok gapo dio RTM? Rehat Tunggu Mati....'

Kalau sembang bab hartanah,saya tabek spring kat beliau. Jika sembang bab kerjaya beliau semasa dalam tentera dahulu, seolah olah saya dibawa menghayati pahit getir suka duka kehidupan seorang tentera. Pendek kata, beliau pandai bercerita.

'Lama tak nampak Haji, bila sampai dari KB?' saya memulakan bicara. '3 hari doh ambo mari nyo. Kakok sulong hok duduk di Melawati meningga,umur 98 tahun'.Beliau menjawab dan bertanya dalam loghat kelate lagi 'Mu buat gapo lo ni Lie?' Saya pun balas dalam loghat kalate jugak 'Kawe jual mah(emas) lo ni'~kebetulan nama singkatan isteri saya 'Mah' berasal dari Pasir Mas. Perghhhh....banyaknya emas ....

Beliau teruja,mungkin terkejut.Lumrahnya, kehendak dan keperluan naluri manusia inginkan kepastian.Terus beliau minta ditunjukkan benda yang berkilau itu.Bagaikan digamit secara otomatik bila disebut kata laluan 'Emas'.

'Chomei..... oooo ado sijil ketulenan .... nombo siri mah ni samo pulok dengan dengan nombo tentera  ambo........berapa hargo hok 20 gram ni? 'Hok 50 gram?100gram?' Beliau bertanya dengan penuh minat.'Ikut harga semasa Hj' sambil tunjukkan Carta Harga Emas 999.9 Semasa Public Gold.

'Hok bulat tu mah gapo pulok? Beliau bertanya lagi dengan penuh minat. Air teh yang dihidangkan semacam tak diendahkan dek kilauan yang menggamit...

'Hok tu mah 916~ 1 Dinar, 5 Dinar , 10 Dinar' sambil saya tunjukkan Carta Harga Emas 916 Semasa Public Gold'.

'Demo tunggu sebetar, ambo gi ATM ambik pitih' Selang waktu yang singkat, sambil-sambil cuci kereta......akad jualbeli terlaksana.Alhamdulillah, syukur.

Selasa, Februari 09, 2010

Pabila Pinangan Diterima......


Itulah dia barangannya pabila pinangan diterima...........sekotak emas fizikal yang berkilau dalam pelbagai saiz dan berat beserta sijil keaslian dan barang-barang iringan. Maka dengan itu, selamatlah wang ringgit dari dimamah inflasi.Kalau murah rezeki dan ada duit lebih , beli lagi emas dikala harga rendah untuk stok.Bila berasa nak pakai duit,kebetulan pulak harga emas naik masa tu, jual/pajak sekeping dua or sekotak sekali gus pada dealer Publicgold. Terpulang kepada empunya diri cara mana yang dipikirkan wajar. Tepuk dada tanya selera. Kalau bab duit, hatta orang kurang siuman pun boleh membezakan yang mana tutup botol dan yang mana duit siling 50 sen. Tak percaya? Try lah..............hehehe



Isnin, Februari 08, 2010

Langkah pertama

Pagi 28 Januari 2010, saya pelawa En. Zakaria Ismail, empunya RP Gold Trading datang ke rumah selepas Isya untuk sesi suaikenal yang pertama dan memberi penjelasan tentang 'kilauan yang menggamit~Public Gold dan Public Dinar'.

Beliau hadir seperti yang dijanjikan.Kami berbual dan bersoaljawab secara santai tapi fokus dengan topik yang berkilau tu.Maklumlah, niat dah lama dipendam untuk mengorak langkah yang pertama namun dengan ilmu yang amat sedikit melalui pembacaan blog-blog kilauan yang berkaitan dan kosong pengalaman menjadi halangan dan rintangan untuk memulakan langkah pertama.Pokoknya,
jangan malu bertanya pada yang arif.

Justeru,segala perkara yang kurang jelas,yang samar-samar malah yang jelas sekali pun, saya tanya pada bos RP Gold Trading.Kilauan menjadi kian jelas.Yang pasti, berniaga emas ini bukan skim MLM.Hakikatnya, emas melindungi simpanan wang ringgit dari dimamah inflasi.

Maka,esoknya,29 Januari 2010 saya ambil langkah pertama yang penuh yakin. Bayar sebagai tanda akad menjadi dealer Public Gold dan Public Dinar dan mula berjualbeli emas.Diberi No.Daftar 915 (kurang 1 jadi 916~macam emas 916 lah puloq). Apa-apa pun, yang 'pertama' memang sukar dimulakan dalam apa jua keadaan kecuali 'malam pertama..'Pun mungkin sukar lagi kekok... siapa tau? Hehehe...